Syarikat perisian Atlassian kurangkan 500 sektor pekerjaan

Agensi
Mac 7, 2023 16:22 MYT
'Kepada anda yang diberhentikan, kami memohon maaf'- Wikipedia Scott Farquhar
SYDNEY: Syarikat perisian Australia Atlassian dilaporkan mengurangkan sekitar 500 sektor pekerjaan, mewakili lima peratus daripada tenaga kerja sekali gus menjadi syarikat terkini yang mengumumkan pemberhentian dalam keadaan ekonomi meruncing.
Memetik The Guardian, pengasas bersama Mike Cannon-Brookes dan Scott Farquhar memaklumkan hal ini dalam memo kepada kakitangan bahawa mereka mengumumkan pengurangan jabatan "dengan hati yang paling berat".
"Kepada anda yang diberhentikan, kami memohon maaf," kata mereka dalam nota itu, yang didedahkan sebagai pemfailan peraturan di Amerika Syarikat (AS).
Syarikat yang tersenarai dalam NASDAQ itu bernilai AS$45 bilion (RM 201.4) juga merupakan salah satu syarikat permulaan Australia paling berjaya membangunkan perisian yang membolehkan pasukan menyelaraskan sumber bagi projek kompleks.
Atlassian merupakan syarikat teknologi terbaharu yang mengumumkan pemberhentian yang secara besar-besaran, didorong tekanan inflasi ke atas perbelanjaan perniagaan dan isi rumah.
Sebelum ini, syarikat persidangan video Zoom, portal pembayaran PayPal dan perkhidmatan penstriman muzik Spotify adalah antara yang mendedahkan pemberhentian secara besar-besaran pada tahun 2023.
Januari lalu, syarikat induk Google memotong kira-kira 12,000 pekerjaan sejurus selepas Microsoft mengurangkan 10,000 yang mana berlaku peralihan dalam cara perbelanjaan digital.
Pemilik Facebook Meta mendedahkan pemotongan serupa lewat tahun lepas. Ini termasuk TrueUp Tech yang melakukan 160,000 pemberhentian pekerjaan secara global pada tahun ini mewakili dua pertiga daripada jumlah dicatatkan sepanjang 2022.
#Amerika Syarikat #Australia #Atlassian #buang pekerja
;