Syarikat penerbangan kedua terbesar Kanada batal 150 penerbangan kerana mogok
Bernama
Jun 30, 2024 12:00 MYT
Jun 30, 2024 12:00 MYT
VANCOUVER: WestJet Group, syarikat penerbangan kedua terbesar di Kanada membatalkan 150 penerbangan pada Sabtu akibat mogok oleh jurutera penyelenggaraan pesawatnya, lapor Xinhua.
Menurut WestJet menerusi laman sesawangnya, pembatalan penerbangan yang disebabkan mogok oleh Aircraft Mechanics Fraternal Association (AMFA) akan menjejaskan kira-kira 20,000 penumpang.
AMFA mewakili kira-kira 670 jurutera penyelenggaraan WestJet, memulakan tindakan mogok pada 4.30 petang waktu tempatan (2330 GMT) Jumaat.
Lebih banyak penerbangan akan dibatalkan pada pagi Sabtu sekiranya mogok tidak dihentikan atau tiada campur tangan segera, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
WestJet memaklumkan pihaknya kini sedang berusaha meminta Menteri Buruh dan Lembaga Hubungan Perindustrian Kanada untuk campur tangan. - BERNAMA