Switzerland tutup pusat suaka, bilangan pemohon berkurangan

Bernama
Oktober 22, 2024 20:41 MYT
Sekretariat Negara untuk Migrasi mengumumkan pada Selasa, kapasiti akan dikurangkan hampir 20 peratus. - Gambar fail
GENEVA: Switzerland menyaksikan penurunan bilangan pencari suaka di negara ini, menyebabkan penutupan sembilan daripada 36 pusat suakanya menjelang Mac.
Sekretariat Negara untuk Migrasi mengumumkan pada Selasa, kapasiti akan dikurangkan hampir 20 peratus. Jumlah tempat dinaikkan kepada 10,500 pada 2022, namun hanya separuh daripadanya kini diisi.
Pada September, bilangan permohonan yang dikemukakan turun 40 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas. "Situasi di laluan migrasi ke Eropah Barat tidak menunjukkan peningkatan mendadak dalam beberapa bulan akan datang," menurut sekretariat negara. Jika perlu, bilangan tempat boleh ditingkatkan semula.
Sehingga akhir September tahun ini, hampir 21,000 permohonan suaka dikemukakan di Switzerland.
-- BERNAMA
#Switzerland #Pencari Suaka #pusat suaka #pengurangan kapasiti
;