Switzerland tutup kedutaan di Khartoum, petugas dipindahkan
Bernama
April 24, 2023 18:20 MYT
April 24, 2023 18:20 MYT
MOSCOW: Switzerland telah pun menutup operasi kedutaan di Khartoum atas faktor keselamatan dan pertempuran bersenjata yang berlarutan di Sudan, menurut Kementerian Luar Switzerland.
Petugas diplomatik telah dipindahkan ke Ethiopia dan Djibouti.
"Atas sebab keselamatan, kami menutup kedutaan kami di Khartoum. Kakitangan kami dan keluarga mereka telah dipindahkan dan berada dalam keadaan selamat. Ia hasil kerjasama dengan rakan kongsi kami, khususnya Perancis. Terima kasih atas sokongan mereka," tulis kementerian di Twitter, lapor Sputnik
Kedutaan Switzerlan di Sudan telah ditutup sejak 23 April, dua pekerja diplomatik dalam perjalanan ke Ethiopia dan selebihnya telah dipindahkan ke Djibouti.
-- BERNAMA