Switzerland rancang benarkan suntikan vaksin kepada remaja 12 - 15 tahun

Astro Awani
Jun 20, 2021 22:19 MYT
Switzerland memberi kelulusan lebih awal dalam pemberian vaksin kepada remaja berumur 12 hingga 15 tahun dengan vaksin Pfizer-BioNTech. - Foto REUTERS
SWITZERLAND merancang untuk membenarkan remaja berusia 12 hingga 15 tahun menerima vaksin COVID-19 seawal minggu depan.
Ketua Vaksin Switzerland, Christoph Berger berkata, golongan muda yang mahukan vaksin perlu diberi peluang tersebut.
Justeru itu, beliau menjangkakan kerajaan akan mengumumkan proses pelaksanaannya pada minggu hadapan.
Berger bagaimanapun menyatakan tiada keperluan untuk menyasarkan kadar vaksinasi untuk golongan umur 12 ke 15 tahun.
Switzerland pada 4 Jun lalu memberi kelulusan lebih awal dalam pemberian vaksin kepada remaja berumur 12 hingga 15 tahun dengan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.
Ini selepas negara itu merancang untuk menyuntik vaksin kepada golongan muda seawal bulan Julai.
Vaksin Moderna yang diluluskan untuk orang dewasa juga telah memohon kelulusan agar vaksinnya diberikan kepada mereka yang berumur 12 hingga 17 tahun.
#Pfizer-BioNTech #COVID-19 #vaksin #Switzerland #suntikan #remaja