STOCKHOLM: Kadar kelahiran pada musim bunga 2022 di Sweden mencapai tahap paling rendah dalam tempoh lebih dua dekad, menurut angka dikeluarkan oleh Statistics Sweden pada Ahad.
Antara Januari dan April tahun ini, kadar kelahiran adalah 1.57 bayi bagi setiap wanita, berbanding 1.69 bayi dalam tempoh yang sama tahun lepas.
"Kadar kelahiran mengalami penurunan mendadak menurut statistik," lapor Xinhua memetik, seorang profesor demografi di Universiti Stockholm, Gunnar Andersson yang memberitahu Televisyen Sweden pada Ahad.
Apabila orang ramai diminta berada di rumah semasa pandemik COVID-19, kadar kelahiran meningkat kepada 1.69 bayi bagi setiap wanita, tetapi dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, bilangan kelahiran menurun kepada 35,467 bayi, menurut Statistik Sweden.
Angka itu kurang 2,483 daripada tempoh yang sama tahun lalu dan mencatatkan paras terendah sejak 20 tahun lalu.
"Dalam jangka pendek, mungkin terdapat pembolehubah rawak seperti yang dapat diperhatikan pada Januari.
"Bagaimanapun, paras itu jauh lebih rendah daripada sebelumnya," kata Andersson.
Andersson berkata, penurunan kadar kesuburan boleh dikaitkan dengan kempen vaksinasi besar-besaran terhadap COVID-19 yang bermula pada musim bunga 2021.
"Ramai menyedari bahawa bekerja dari rumah telah berakhir, dan mereka perlu kembali ke kehidupan normal," kata Andersson.
Pada akhir 1990-an, purata kadar kelahiran adalah 1.5 bayi bagi setiap wanita, lapor Televisyen Sweden.
"Pada 1990-an, kita mengalami krisis ekonomi, dan tidak ramai bercadang untuk memiliki anak," kata Andersson. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022

semasa pandemik COVID-19, kadar kelahiran meningkat kepada 1.69 bayi bagi setiap wanita, tetapi dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, bilangan kelahiran menurun kepada 35,467 bayi, menurut Statistik Sweden. - Gambar hiasan

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

11 maut dalam insiden tembakan di sekolah di Sweden
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Orebro, Sweden.

Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.

Hubungan ekonomi Sweden-Malaysia berkembang, FDI & semikonduktor pacu pertumbuhan
Wiberg optimis pertumbuhan akan jadi lebih baik, memandangkan Malaysia semakin ketara berperanan sebagai salah satu rakan kongsi utama Sweden.

Anggota Abba Bjorn Ulvaeus kahwini pasangan
Anggota kumpulan Abba Bjorn Ulvaeus telah berkahwin dengan pasangannya Christina Sas dalam satu majlis yang dikendalikan oleh hos program "QI," Sandi Toksvig, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Olimpik Paris 2024: Sweden raih emas bola tampar pantai
Sweden tidak menghadapi banyak masalah dalam kemenangan 21-10, 21-13 ke atas Jerman.

Protes bantah penyertaan Israel dalam Eurovision 2024, Thunberg antara ditahan
Bantahan yang disertai sekitar 8,000 peserta pro-Palestin di bandar berkenaan diadakan susulan kempen ketenteraan Israel di Gaza.

Sweden minat jalin kerjasama hijau dengan Malaysia bagi pertumbuhan mampan - Duta besar
Sweden berminat untuk bekerjasama dengan Malaysia sejajar potensi pertumbuhan serta pakatan dalam amalan lestari bagi inisiatif mampan.

Sweden sah diterima NATO
Bendera biru dan kuning emas Sweden dijangka dinaikkan pada Isnin di ibu pejabat Perikatan Perjanjian Atlantik Utara di Brussels, Belgium.

Sweden catat cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun
Sweden mengalami cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun selepas sebuah kampung di utara negara itu mencatatkan suhu paling rendah.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.