Sweden catat cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun
Bernama
Januari 17, 2024 18:08 MYT
Januari 17, 2024 18:08 MYT
STOCKHOLM: Sweden mengalami cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun selepas sebuah kampung di utara negara itu mencatatkan suhu paling rendah.
Cuaca sejuk yang memecahkan rekod dilihat pada 5 Jan dengan -44.6C (-48.2F) di Vittangi dalam perbandaran Kiruna, menurut Institut Meteorologi dan Hidrologi Sweden (SMHI), lapor Agensi Anadolu.
Pengurus Operasi SMHI Sverker Hellstrom berkata pihaknya menangguhkan pengumuman kepada rakyat untuk memastikan rekod yang dicatatkan itu benar-benar tepat.
Sweden merekodkan suhu terendah pada tahun 1966 dengan -52.6C (-62.6F) di rantau Norrbotten.
-- BERNAMA