Swafoto dengan mayat Maradona, kakitangan rumah pengebumian dibuang kerja
Agensi
November 27, 2020 22:46 MYT
November 27, 2020 22:46 MYT
SEORANG kakitangan rumah pengebumian di Buenos Aires, Argentina dibuang kerja selepas mengambil gambar swafoto dengan mayat Diego Maradona.
Dalam foto yang tersebar di media sosial itu, Diego Molina dilihat menunjukkan isyarat bagus, dengan sebelah lagi tangannya menyentuh kepala legenda bola sepak itu.
Mayat Maradona diletakkan dalam keranda kayu ditemani bendera kebangsaan Argentina dan jersi bernombor 10, di istana presiden Casa Rosada.
Difahamkan, petugas itu merupakan salah seorang yang diamanahkan untuk menguruskan mayat Maradona.
Pemilik rumah pengebumian tersebut, sebuah firma dikenali sebagai Sepelios Pinier, mengesahkan kepada media tempatan bahawa pekerja tersebut telah dipecat.
Keranda Maradona dibiarkan terbuka untuk upacara penghormatan terakhir, yang bermula pada pukul 6 pagi Jumaat waktu tempatan.
Peguam Maradona, Matias Morla menyifatkan pelaku tersebut sebagai individu yang 'sakit' dan berjanji akan mengambil tindakan undang-undang.
#Diego Maradona
#media sosial
#swafoto
#Argentina
#Casa Rosada
#legenda bola sepak
#mayat Diego Maradona
#Sepelios Pinier
#Matias Morla