Suu Kyi berdepan pertuduhan jenayah kedua
Astro Awani
Februari 16, 2021 05:03 MYT
Februari 16, 2021 05:03 MYT
NAYPYITAW: Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi didakwa dengan satu lagi pertuduhan berkaitan Akta Pengurusan Bencana.
Ia dipercayai ada kaitan dengan tindakan berinteraksi dengan penyokong ketika pilihan raya lalu yang didakwa melanggar larangan berkumpul.
Terdahulu, Suu Kyi pada Selasa didakwa secara rasmi dengan tuduhan memiliki peranti komunikasi haram.
Bagaimanapun tiada perincian lanjut didedahkan berhubung tuduhan baharu itu.
Apa yang berlaku di Myanmar dianggap merencatkan peralihan demokrasi negara itu.
Pemimpin junta sebelum ini berulang kali mengulangi janji untuk mengadakan pilihan raya baharu dalam tempoh setahun.
Jaminan itu diberikan ketika protes anti junta hampir memasuki dua minggu.
Junta laksana rampasan kuasa 1 November lalu atas alasan pilihan raya November tahun lalu dicemari penipuan.
Pilihan raya itu dimenangi parti dipimpin Suu Kyi, Liga Demokrasi Kebangsaan, NLD.
#Aung San Suu Kyi
#Akta Bencana Alam
#pertuduhan jenayah kedua
#peranti komunikasi haram
#Liga Demokrasi Kebangsaan
#NLD