Sutradara, pelakon filem Ghandi, Jurassic Park meninggal dunia

AFP
Ogos 25, 2014 09:04 MYT
Richard Attenborough
Pengarah dan pelakon Richard Attenborough yang terkenal melalui garapannya dalam filem “Ghandi” serta lakonannya menerusi filem “Jurassic Park”, meninggal dunia di usia 90 tahun.
Anak mendiang berkata Attenborough mati pada Ahad ketika waktu makan tengah hari, menurut kenyataannya kepada BBC.
Perdana Menteri Britain David Cameron menulis di Twitter: “Lakonannya dalam 'Brighton Rock' begitu cemerlang, pengarahannya dalam filem `Gandhi’ amat menakjubkan - Richard Attenborough ialah antara nama besar dalam perfileman.”
Pihak Akademi Seni Filem dan Televisyen (BAFTA) pada Ahad mengeluarkan kenyataan di Facebook bahawa mereka amat bersedih dengan pemergian mendiang yang juga bekas presiden BAFTA.
Attenborough, yang kerjayanya menjangkaui enam dekad, pernah memenangi lapan anugerah Oscar termasuk filem terbaik dan pengarah terbaik bagi filem “Ghandi” pada tahun 1982.
Attenborough yang dilahirkan di Cambridge pada tahun 1923 meninggalkan tiga orang anak serta isterinya Sheila.
#Brighton Rock #Gandhi #Richard Attenborough
;