Suspek utama pembunuhan Presiden Haiti ditahan

Astro Awani
Januari 16, 2022 09:34 MYT
Seorang lelaki memegang sekeping foto memaparkan mendiang Jovenel Moise semasa upacara memperingati presiden itu di Port-au-Prince. - Foto AP
PORT-AU-PRINCE: Pihak berkuasa Jamaica menahan seorang bekas senator Haiti yang merupakan suspek utama dalam pembunuhan Presiden Haiti, Jovenel Moïse.
Suspek, John Joel Joseph dilaporkan ditahan pada Jumaat.
Pada Julai tahun lalu, Moise ditembak mati oleh lelaki bersenjata yang menyerbu kediamannya di ibu kota Haiti.
Tidak lama selepas itu, Ketua Polis Negara ketika itu, Leon Charles berkata, Joseph membekalkan senjata dan merancang serangan berkenaan.
Laporan penyiasatan polis Haiti setebal 124 muka surat menyatakan bahawa Joseph dilaporkan berperanan penting dalam dalam insiden pembunuhan presiden.
Bekas pegawai tentera Colombia, Mario Antonio Palacios didakwa di Amerika Syarikat awal bulan ini kerana menjadi sebahagian daripada komplot itu.
Walaupun beberapa tangkapan telah dibuat di Haiti berkaitan dengan pembunuhan itu, Palacios adalah suspek pertama yang menghadapi pertuduhan.
Siasatan ke atas pembunuhan Moïse, 53, dilaporkan perlahan susulan peletakan jawatan pegawai penting.
Penyiasat juga telah melaporkan ada menerima ugutan bunuh.
#suspek utama #Jovenel Moise #Pembunuhan #John Joel Joseph
;