Suspek tembakan rambang di sekolah Texas dikenal pasti

Agensi
Mei 18, 2018 22:47 MYT
Suspek dikenal pasti sebagai Dimitrios Pagourtzis. -REUTERS
Suspek insiden tembakan rambang di sebuah sekolah di Tenggara Texas yang hingga kini telah meragut 10 nyawa dikenal pasti.
Suspek merupakan remaja 17 tahun, Dimitrios Pagourtzis yang juga bekas penuntut di sekolah tersebut.
Remaja tersebut kini ditahan bersama seorang lagi suspek bagi membantu siasatan dalam insiden serangan kira-kira jam 7.45 pagi waktu tempatan.
Bagaimanapun identiti seorang lagi suspek berkenaan tidak didedahkan oleh pihak berkuasa setakat ini.
Pihak polis masih lagi menyiasat punca sebenar yang menyebabkan remaja berkenaan bertindak sedemikian.
Dalam pada itu, pihak berkuasa turut mengesahkan 10 yang lain cedera dalam insiden itu.
BACA: 8 maut dalam tembakan rambang di sekolah Texas

#mangsa #maut #polis #remaja #sekolah #serangan #siasatan #suspek #tembakan