Suspek tembakan rambang di Maine ditemui mati

Astro Awani
Oktober 28, 2023 10:10 MYT
Foto suspek yang disediakan Jabatan Polis Lewiston Maine. - Foto REUTERS
MAINE: Seorang anggota simpanan tentera Amerika Syarikat yang terlibat dalam insiden tembakan rambang yang membunuh 18 individu di Maine pada Rabu lalu ditemui mati.
Memetik laporan antarabangsa, suspek ditemui maut akibat luka tembakan di kepala, dipercayai kesan bunuh diri susulan insiden tersebut.
Robert Card, 40, ditemui mati berdekatan Lisbon, kira-kira 12 kilometer dari Lewiston tempat insiden tembakan itu berlaku.
Ini berikutan pemburuan dua hari yang memaksa perintah perlindungan dilaksanakan dan penutupan sekolah serta perniagaan ketika penguatkuasa undang-undang memburunya selepas serangan Rabu lalu.
Insiden tembakan ini diklasifikasikan sebagai insiden pembunuhan beramai-ramai yang ke-36 di AS untuk tahun ini.
Card sebelum ini diarah menjalani pemeriksaan perubatan selepas dia didapati menunjukkan tindak tanduk yang tidak menentu sejak pada pertengahan Julai.
Pihak berkuasa juga sudah mengesahkan 18 individu maut dengan melibatkan individu berusia 14 hingga 76 tahun.
#tembakan rambang #anggota simpanan tentera #Robert Card #luka tembakan di kepala
;