Suspek tembak Shinzo Abe mula didakwa
Agensi
Januari 13, 2023 15:18 MYT
Januari 13, 2023 15:18 MYT
NARA: Pihak pendakwaraya Jepun memulakan pendakwaan ke atas suspek pembunuhan bekas Perdana Menteri Shinzo Abe pada Jumaat.
Tetsuya Yamagami dihantar ke pusat tahanan Osaka pada Julai tahun lalu selepas ditahan polis kerana menembak mati bekas pemimpin Jepun itu.
Menurut pendakwa raya, hasil penilaian ke atas mental Yamagami menunjukkan dia layak untuk dibicarakan.
Yamagami juga didakwa melanggar undang-undang kawalan senjata api.
Polis berkata, Yamagami memberitahu mereka bahawa dia membunuh Abe kerana hubungan pemimpin itu dengan kumpulan agama yang dibencinya.
Dalam kejadian pada Julai tahun lalu, Abe didakwa ditembak Yamagami menggunakan pistol buatan sendiri semasa bekas Perdana Menteri itu sedang berucap di luar stesen kereta api Nara.
Yamagami yang ditangkap serta-merta selepas melepaskan tembakan kemudian dihantar ke pusat tahanan Osaka selama enam bulan untuk penilaian kesihatan mentalnya yang berakhir Selasa lalu.
Dia turut didakwa melanggar undang-undang kawalan senjata api.