Suspek surat beracun ricin AS ditahan

AFP
April 18, 2013 10:54 MYT
Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) telah menahan seorang suspek berhubung surat yang mengandungi racun ricin kepada Presiden Barack Obama dan seorang senator menurut satu sumber rasmi semalam.
"Hari ini (Rabu) kira-kira 5.15 petang waktu tempatan, agen khas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah menahan Paul Kevin Curtis, individu yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kiriman tiga surat yang dihantar melalui Perkhidmatan Pos AS," menurut sumber Jabatan Keadilan.
Surat-surat tersebut positif mengandungi butiran bahan yang dipercayai ricin berdasarkan satu ujian awal," tambah suber itu lagi.
Laporan awal menyatakan surat-surat itu dihantar kepada Obama dan Senator Republikan Mississippi Roger Wicker yang tertulis 'I am KC and I approve this message' (Saya KC dan saya menerima mesej ini).
Curtis ditahan dirumahnya di Corinth, Mississippi, jelas Jabatan Keadilan.
#AS #ditahan #FBI #Kevin Curtis #Presiden Barack Obama #racun #senator #surat ricin #suspek
;