Suspek serangan kereta api Paris dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Astro Awani
Disember 17, 2020 07:06 MYT
Disember 17, 2020 07:06 MYT
MAHKAMAH Perancis pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap penyerang utama sebuah kereta api dari Amsterdam ke Paris lima tahun lalu.
Tertuduh, Ayoub El Khazzani, 31 tahun, yang berasal dari Maghribi, dipenjara seumur hidup dengan jaminan 22 tahun.
Tiga lagi suspek yang turut bekerjasama disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara antara tujuh dan 27 tahun.
Keputusan itu menutup perbicaraan selama sebulan kes percubaan pembunuhan pengganas itu.
El Khazzani, lengkap bersenjata, menaiki kereta api berkelajuan tinggi Thalys ke Paris pada 21 Ogos 2015, dan melepaskan tembakan di atas kereta api yang bergerak.
Suspek dipercayai menggunakan senapang raifal, pistol dan pisau dalam serangan itu. Ketika kejadian, terdapat kira-kira 500 penumpang di dalam kereta api.
Bagaimanapun, salah seorang penumpang, Mark Moogalian, berjaya menggagalkan serangan berkenaan.
Dua orang cedera dalam kejadian itu sebelum El Khazzani ditangkap dan ditumpaskan oleh penumpang.
Serangan berkenaan berlaku tiga bulan sebelum serangan militan paling buruk di Paris yang mengorbankan 130 orang.
#Ayoub el Khazzani
#Maghribi
#Perancis
#mahkamah
#kereta api
#Thalys
#tembakan
#senjata
#Amsterdam
#Paris
#penyerang
#senapang
#Mark Moogalian
#penjara
#Hukuman
#Seumur hidup