Suspek serangan kelab malam di Istanbul Turki mengaku bertanggungjawab

Agensi
Januari 17, 2017 09:19 MYT
Suspek ditahan Isnin lalu di sebuah pangsapuri di kawasan Esenyurt di bandar Istanbul. - Foto Reuters
Suspek lelaki yang disyaki menjadi dalang insiden letupan di sebuah kelab malam di Istanbul Turki yang meragut 39 nyawa pada malam tahun baharu yang lalu, telah mengaku bertanggungjawab.
Dia berjaya ditahan dalam operasi besar-besaran pada Isnin.
“Pengganas (suspek) itu telah mengakui jenayah yang dilakukannya,” kata Gabenor Istanbul, Vasip Sahin kepada media hari ini.
Suspek dikenali sebagai Abdulgadir Masharipov dan dilahirkan pada 1983 di Uzbekistan.
“Dia dilatih di Afghanistan dan boleh berbicara dalam empat bahasa. Suspek seorang pengganas yang cukup terlatih,” tambah Sahin lagi.
Suspek ditahan di sebuah pangsapuri di kawasan Esenyurt di bandar Istanbul.
Selain Abdulgadir, kumpulan Daish turut mengaku bertanggungjawab melakukan serangan.
#kelab Reina #penyerang bersenjata #Selat Bosphorus #serangan Istanbul #serangan Turki