Suspek serangan berani mati di Turki dikenal pasti

Agensi
Julai 21, 2015 21:26 MYT
Reaksi sepasang suami isteri apabila terkena gas pemedih mata ketika satu demonstrasi pada 20 Julai 2015 di Istiklal di Istanbul, susulan serangan bom berani mati di bandar Suruc,Turki. - Foto AFP
PERDANA MENTERI Turki Ahmet Davutoglu mengesahkan suspek serangan berani mati di Suruc sudah dikenal pasti.
Siasatan awal mendapati suspek kemungkinan besar mempunyai kaitan dengan kumpulan IS.
Pihak berkuasa Turki ketika ini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung rangkaian hubungan suspek dengan kumpulan berkenaan.
Laporan awal mendedahkan suspek berkemungkinan penyerang berani mati wanita, namun ia tidak disahkan.
Serentak dengan itu, kerajaan turut mengumumkan peningkatan kawalan keselamatan negara itu dengan sempadan Syria.
Parlimen Turki juga dijangka membincangkan langkah tambahan untuk mengekang serangan daripada berulang.
Sekurang-kurangnya 30 disahkan maut dalam serangan berani mati di yang berlaku di bandar Suruc, yang terletak berhampiran sempadan Syria.
Kementerian Dalam Negeri Turki tidak menolak kemungkinan ia merupakan sebahagian daripada siri serangan pengganas IS yang mensasarkan serangan di kawasan sempadan.
Persekutuan Belia Sosialis (SGDF) mengesahkan 300 sukarelawannya yang menginap di pusat kebudayaan itu terlibat dalam pembangunan semula wilayah Kobani, Syria yang menjadi lubuk pertempuran militan IS dan pejuang Kurdish sejak September lalu.
#Ahmet Davutoglu #berani mati #serangan #Suruc #Turki
;