Suspek pembunuh bekas ahli parlimen Kemboja di Bangkok, ditahan di Kemboja
Bernama
Januari 8, 2025 06:15 MYT
Januari 8, 2025 06:15 MYT
PHNOM PENH: Polis Nasional Kemboja pada Rabu mengesahkan bahawa seorang suspek yang menembak mati bekas ahli parlimen pembangkang Kemboja di Bangkok, Thailand, pada Selasa, ditahan di wilayah Battambang, barat laut Kemboja, lapor Xinhua.
"Berpandukan permintaan kerjasama dan maklumat yang diberikan oleh Polis Diraja Thailand, Polis Nasional Kemboja telah menjalankan pencarian yang teliti, dan pada 1.50 tengah hari, 8 Jan 2025, Polis Provinsi Battambang menemukan dan menahan suspek," menurut Polis Nasional dalam satu kenyataan akhbar.
"Suspek akan dihantar semula ke Thailand atas permintaan Polis Diraja Thailand mengikut undang-undang selepas prosedur Polis Nasional Kemboja diselesaikan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA