Suspek kes tikam di Jerman pakai pakaian berlumuran darah - Sumber

Bernama
Ogos 25, 2024 20:17 MYT
Pejabat Pendakwa Persekutuan sedang menyiasat kes pembunuhan ini serta dakwaan keanggotaan lelaki itu dalam Kumpulan Daesh. - Gambar Reuters
DUSSELDORF: Suspek utama yang ditahan di Bandar Solingen, barat Jerman selepas insiden serangan tikaman maut di sana, memakai pakaian yang berlumuran darah, menurut agensi berita Jerman (dpa) yang memetik sumber polis.
Lelaki terlibat menyerah diri sehari selepas serangan tikaman maut pada Jumaat. Polis di Dusseldorf pada pagi Ahad memaklumkan bahawa suspek adalah seorang lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari Syria.
Pejabat Pendakwa Persekutuan sedang menyiasat kes pembunuhan ini serta dakwaan keanggotaan lelaki itu dalam Kumpulan Daesh.
-- BERNAMA
#kes tikam #Bandar Solingen #Jerman #identiti suspek