Suspek kes tembakan dihadapkan ke mahkamah
Astro Awani
Januari 8, 2013 13:23 MYT
Januari 8, 2013 13:23 MYT
Suspek kes tembakan rambang di sebuah pawagam di Aurora, Colorado, dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan awal.
Proses ini akan menentukan sama ada bukti mencukupi untuk membicarakan James Holmes.
James berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Hari pertama perbicaraan menyaksikan kawasan perkarangan mahkamah dibanjiri orang ramai, yang mahu mengikuti proses undang-undang ini.
Mereka terdiri daripada keluarga dan sanak saudara mangsa yang terbunuh atau cedera.
Ketibaan Holmes di kawasan mahkamah, dikawal ketat.
Holmes didakwa membunuh 12 orang, dan cubaan membunuh 58 orang, ketika tayangan lewat malam filem Batman
Perbicaraan awal ini dijadual berlangsung seminggu. Holmes dijangka mengaku tidak bersalah atas alasan tidak siuman.