Suspek insiden tembakan Munich remaja Jerman kelahiran Iran - Polis

Agensi
Julai 23, 2016 09:31 MYT
Menurut polis, suspek yang mempunyai dua kerakyatan itu tidak mempunyai rekod jenayah.
Polis Munich hari ini berkata, suspek insiden tembakan di sebuah pusat beli belah di bandaraya itu merupakan seorang remaja lelaki Jerman kelahiran Iran.
"Suspek merupakan remaja berumur 18 tahun berbangsa Jerman-Iran dari Munich. Motif atau penjelasan tentang kejadian jenayah ini masih tidak jelas," kata ketua polis Munich, Hubertus Andrae.
Menurutnya, suspek telah melepaskan tembakan di pusat beli belah dan restoran makanan segera McDonald's berhampiran sebuah stadium Olimpik sebelum menembak mati dirinya sendiri.
Andrae berkata, suspek yang mempunyai dua kerakyatan itu tidak mempunyai rekod jenayah. Mayat suspek juga dijumpai kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.
BACA: 10 maut dalam insiden tembakan di Munich
BACA: Presiden Jerman terkejut dengan insiden tembakan di Munich
Dalam insiden pada 6 petang waktu Jerman itu, seramai 10 orang maut, termasuk suspek manakala 23 lagi cedera dalam insiden melibatkan seorang penembak.
Menurut polis lagi, 16 masih dirawat di hospital dan tiga mengalami cedera parah.
#Jerman #Jerman-Iran #Mcdonald's #Munich #suspek #tembakan
;