Suspek bunuh Presiden Haiti ditahan - Setiausaha Komunikasi

Astro Awani
Julai 8, 2021 08:46 MYT
Polis berjaya menahan suspek yang dipercayai membunuh Presiden Haiti, Jovennel Moise. -Gambar fail/Reuters
PORT-AU-PRINCE: Polis berjaya menahan suspek yang dipercayai membunuh Presiden Haiti, Jovennel Moise.
Setiausaha Komunikasi Haiti, Frantz Exantus bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut berkenaan jumlah suspek yang ditahan susulan serangan pada Rabu di kediaman mendiang yang turut menyebabkan isterinya cedera.
Claude Joseph yang dilantik sebagai Perdana Menteri Interim memberi jaminan pihak polis dan anggota tentera mengawal ketat keselamatan negara.
Malah, Joseph turut menyifatkan serangan tersebut sebagai satu bentuk serangan kebencian, tidak berperikemanusiaan dan biadap.
Jovenel Moise | Presiden Haiti mati dibunuh
BACA: Polis jalankan siasatan di kediaman Presiden Haiti
Terdahulu, anggota penyiasat polis mula melakukan siasatan di rumah mendiang beberapa jam selepas beliau dibunuh.
Pihak polis dilaporkan turut menghalang kemasukan individu lain dan mengawal kawasan berdekatan.
Pihak penyiasat juga menjalankan kerja-kerja penyiasatan dengan menutup pintu masuk ke kediamannya.
Untuk rekod, politik negara itu mengalami ketidakstabilan sejak beberapa bulan lalu yang kemudiannya membawa kepada kemelut, protes, penculikan dan jenayah terancang.
#Pembunuhan #Frantz Exantus #Jovennel Moise #Presiden Haiti #Claude Joseph #isteri cedera #suspek ditahan
;