Suspek bunuh empat sekeluarga berdepan tuduhan berkaitan keganasan
Astro Awani
Jun 14, 2021 06:45 MYT
Jun 14, 2021 06:45 MYT
LONDON: Suspek kes pembunuhan empat sekeluarga di Kanada, Nathaniel Veltman akan berdepan satu lagi tuduhan berkaitan keganasan.
Veltman, 20, sebelum ini berdepan empat tuduhan pembunuhan kelas pertama dan satu cubaan membunuh.
Dia didakwa sengaja melanggar lima anggota keluarga Islam di London, Ontario.
Empat daripada mangsa meninggal dunia, sementara seorang lagi mangsa, kanak-kanak berusia sembilan tahun kini telah dibenarkan keluar daripada hospital, memetik laporan London Free Press.
Menurut Pendakwa Raya, tuduhan keganasan akan dikenakan selepas mendapati serangan itu dirancang.
Serangan juga dilaporkan bermotif kebencian.
Veltman bagaimanapun tiada sebarang rekod jenayah dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang kumpulan pelampau.
Serangan ini mencetus kembali debat berhubung bagaimana kerajaan perlu menangani gerakan Islamphobia.