Bernama
Thu Apr 03 2014
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono. --Gambar fail
JAKARTA: Ketua Umum Parti Demokrat Susilo Bambang Yudhoyono pada Khamis, memaparkan visi dan misi serta 11 janji baharu parti berkenaan jika kembali memerintah Indonesia.
"Saya sampaikan visi dan misi dalam lima tahun akan datang dan ini bukan sekadar cakap sahaja," kata Susilo yang juga Presiden Indonesia dalam kempennya selama hampir satu jam menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) 2014, di sini.
Dalam tempoh lima tahun akan datang, Susilo berkata parti Demokrat memiliki visi dan misi agar ekonomi Indonesia lebih teguh, kesejahteraan rakyat terus meningkat di samping usaha membanteras rasuah diteruskan.
Selain itu, beliau berkata parti itu mahu iklim politik Indonesia stabil dan demokrasi semakin matang serta menjadikan pihak berkuasa keselamatan semakin kuat agar kedaulatan dan keutuhan negara boleh dipelihara.
"Peranan Indonesia di peringkat antarabangsa terus meningkat. Alhamdulillah, Indonesia menjadi kuasa serantau dan pemain global. Kenapa? Indonesia negara terkuat ekonominya di Asean. Alhamdulillah, kita anggota G-20, Apec dan PBB," katanya.
Bagi mencapai visi Demokrat pada masa depan, Presiden Indonesia itu berkata parti berkenaan tidak akan 'main-main'.
Parti Demokrat menetapkan 11 sasaran khusus, antaranya membasmi kemiskinan, pendidikan, kesihatan, keperluan asas, memodenkan pihak berkuasa keselamatan, kesejahteraan pegawai dan guru, infrastruktur, pelaburan dan pembanterasan rasuah.
Di seluruh sektor tersebut, Susilo berjanji akan meningkatkan peruntukan sehingga mencapai ribuan triliun rupiah.
"Ini semua bukan ilusi juga bukan wacana. Saya ajak, mari terus kita ubah dan bangunkan negara ke arah yang lebih baik," kata Presiden Indonesia itu.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Trump sudah pilih calon gandingan dalam pilihan raya presiden
Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sabtu mendakwa beliau telah memutuskan calon gandingannya bagi pilihan raya presiden AS yang berlangsung pada November.
Vaksin COVID-19: AS cari jalan penyelesaian perkongsian paten
Menurut Penasihat Keselamatan White House, Jake Sullivan, langkah itu adalah bagi memastikan setiap orang divaksin.
Biden dahului Trump di Pennsylvania, cerahkan peluang ke White House
Joe Biden mendahului Donald Trump di Pennsylvania, sekali gus mencerahkan peluangnya untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-46.
AS Memilih: Joe Biden mendahului dengan 264 undi elektoral, Trump 214
Selain negeri yang dimenangi Hillary Clinton pada 2016, Biden turut dilapor menang di dua negeri baharu, Wisconsin dan Michigan.
Saham di Bursa AS meningkat, pelabur optimis keputusan Kongres
Antara saham yang menjadi tumpuan termasuk saham teknologi yang dijangka akan terus meningkat.
Speaker AS Nancy Pelosi umum RUU 'Bergerak ke hadapan'
Rang undang-undang perbelanjaan infra bertujuan membina semula infrastruktur di Amerika Syarikat (AS), mewujudkan pekerjaan dan dagangan ketika tempoh pemulihan COVID-19.
Abhisit Vejjajiva letak jawatan sebagai pemimpin Demokrat
Abhisit Vejjajiva meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Demokrat selepas partinya gagal mencapai sasaran 100 kerusi pada keputusan awal pilihan raya umum Thailand, pada Ahad.
Bekas PM Chuan Leekpai enggan kembali berpolitik seperti Dr Mahathir
Chuan mengumumkan keputusannya itu selepas tokoh-tokoh utama parti itu menggesanya mengikut cara Mahathir dengan kembali memimpin Parti Demokrat pada pilihan raya umum yang dijadualkan Februari.
Trump 'merajuk' Demokrat tidak berdiri, tepuk tangan selepas ucapannya
Trump mendakwa ahli-ahli dari parti lawan itu enggan bertepuk tangan walaupun setelah mendengar berita positif.
Hillary Clinton secara rasmi diumum calon presiden Parti Demokrat
Hillary Clinton secara rasmi diumumkan sebagai calon Parti Demokrat untuk bertanding menjadi presiden negara itu.