Suruhanjaya Pilihan Raya junta Myanmar rancang bubarkan parti pimpinan Suu Kyii

Bernama
Mei 21, 2021 16:38 MYT
Pada Februari, tentera Myanmar menggulingkan kerajaan dan menahan Suu Kyi serta Presiden Win Myint. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK: Kesatuan Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar (UEC) merancang untuk membubarkan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), pimpinan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi, atas tuduhan penipuan undi semasa pilihan raya November 2020, lapor Sputnik memetik portal berita Myanmar Now pada Jumaat.
Menurut media, Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya yang baru dilantik Thein Soe, mengumumkan keputusan itu dalam pertemuan dengan perwakilan parti-parti politik dan berkata semua pemimpin NLD akan dibawa ke muka pengadilan.
Pada Februari, tentera Myanmar menggulingkan kerajaan dan menahan Suu Kyi serta Presiden Win Myint.
-- BERNAMA
#Aung San Suu Kyi #Myanmar #politik #pilihan raya #Kesatuan Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar #UEC #Liga Demokrasi Kebangsaan #NLD #Thein Soe