Surat mengandungi 'jari manusia' dikirim ke Istana Elysee Paris - Laporan

Bernama
Julai 13, 2023 03:46 MYT
Sepucuk surat mengandungi 'jari manusia' yang sudah putus dihantar ke Istana Elysee di Paris sebelum sambutan Hari Bastille, hari kebangsaan Perancis, pada 14 Julai, lapor Sputnik memetik media Perancis pada Rabu. - Gambar fail REUTERS
MOSCOW: Sepucuk surat mengandungi 'jari manusia' yang sudah putus dihantar ke Istana Elysee di Paris sebelum sambutan Hari Bastille, hari kebangsaan Perancis, pada 14 Julai, lapor Sputnik memetik media Perancis pada Rabu.
Perkhidmatan Istana Elysee menerima surat itu antara 9 dan 10 Julai, lapor majalah Valeurs Actuelles memetik sumber.
Menurut majalah itu, jari berkenaan kini "disimpan di dalam peti sejuk tempat polis menyimpan makanan" dan motif kejadian masih belum dapat dipastikan.
Pemilik jari berkenaan telah pun ditemukan dan lelaki itu kini dijaga oleh "pihak yang berkaitan", lapor media.
Istana Elysee belum memberikan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu. - BERNAMA
#jari manusia #surat #Istana Elysee Paris #Hari Bastille