Super Tuesday: Hillary Clinton, Donald Trump bersaing rapat

Agensi
Mac 2, 2016 10:35 MYT
Clinton (kiri) kini mencatat tujuh kemenangan kebanyakannya di kawasan selatan Amerika Syarikat, manakala, saingannya Trump (kanan) meraih lima kemenangan.
Calon-calon presiden dari parti Republikan dan Demokrat menghadapi tentangan besar diantara satu sama lain dalam undian penting "Super Tuesday" membabitkan perwakilan di 11 negeri di Amerika Syarikat.
Tempat pemilihan suara pertama dibuka di Virgina pada jam 6 pagi waktu tempatan.
Calon Presiden Amerika Syarikat dari parti Demokrat, Hillary Clinton dan parti Republikan Donald Trump berada pada kedudukan yang baik bagi menjamin penguasaan besar dalam pertandingan merebut kerusi calon Presiden Amerika Syarikat.
Dalam perkembangan terbaru menurut laporan AFP, Clinton kini mencatat enam kemenangan yang kebanyakannya di kawasan selatan Amerika Syarikat, manakala saingannya Trump juga meraih enam kemenangan.
Super Tuesday merupakan hari yang paling penting bagi kalendar penamaan calon presiden negara itu.
Clinton dilihat mahu membina pimpinan kukuh, manakala parti Republikan berusaha untuk menggagalkan pendahulu kontroversi, Trump.
Pada 8 November depan, rakyat Amerika akan memilih presiden pengganti Barack Obama, yang sudah mentadbir negara itu untuk dua penggal.
Sementara itu, kemenangan Clinton mendapat sorakan daripada penyokongnya, selepas beliau meraih kemenangan pertamanya di Georgia dan Virginia.
Pemerhati politik berpendapat Clinton akan memimpin untuk parti Demokrat manakala Trump akan mengungguli parti Republikan.
Sebelum ini, Clinton berharap untuk mengukuhkan kedudukan yang diperolehinya di South Carolina, setelah beliau dikalahkan Bernie Sanders di New Hampshire.
Clinton berjuang untuk menjadi presiden wanita pertama, manakala Sanders menyifatkan dirinya sebagai pro demokrat-sosialis.
Di kubu Republikan, tiga calon kuat ialah Donald Trump, Parco Rubio dan Ted Cruz.
Pemenang Super Tuesday mempunyai peluang cerah untuk menjadi calon presiden.
#Super Tuesday
;