Sungguh luar biasa! Wanita berusia 26 tahun selamat lahirkan 9 orang bayi

Asyraf Roslan
Julai 31, 2021 11:02 MYT
Ciss dipantau selama sebulan di klinik berkenaan kerana hampir kehilangan nyawa akibat kehilangan darah yang banyak semasa bersalin. - Gambar hiasan
CASABLANCA: BUKAN kembar dua, tiga mahupun empat.
Tetapi wanita berusia 26 tahun ini telah melahirkan 9 orang bayi.
Sangat menakjubkan!
Halima Cissé telah melahirkan lima orang bayi perempuan dan empat orang bayi lelaki pada 5 Mei lalu di Maghribi, Utara Afrika.
Keempat-empat bayi lelaki itu, diberi nama Muhammad, Bah, El Hadj dan Oumar manakala lima bayi perempuan itu dinamakan Adama, Hawa, Fatouma, Oumou dan Kadidia, dan kini sedang menerima rawatan di klinik Ain Borja di Casablanca, Maghribi.
Bagi Cisse, dia dan suami, Abdelkader Arby tidak menyangka bahawa akan memiliki anak seramai ini pada masa yang singkat.
“Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan zuriat, namun kami tidak sangka akan mendapat seramai ini,”
“Ini adalah rezeki yang diberikan oleh Tuhan, dan kami memikul tanggungjawab yang sangat besar,” katanya kepada media antarabangsa.
Cissé dipantau selama sebulan di klinik berkenaan kerana hampir kehilangan nyawa akibat kehilangan darah yang banyak semasa bersalin.
Kelahiran sembilan anak itu adalah satu fenomena yang sangat jarang berlaku.
Hanya dua kes lain yang pernah direkodkan di dunia iaitu di Australia pada tahun 1971 dan di Malaysia pada tahun 1999.
Namun Cisse merupakan individu pertama yang selamat melahirkan kesemua bayinya.
#bayi #sembilan orang #Morocco #Australia #Malaysia #Halima Cisse
;