Sultan Brunei puji daya tahan luar biasa ASEAN

Bernama
Ogos 9, 2024 02:50 MYT
Sultan Hassanal Bolkiah memuji pencapaian kolektif ASEAN dalam perutusan baginda sempena Hari ASEAN pada 8 Ogos. - Tangkap layar RTBGo
BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memuji pencapaian kolektif Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam perutusan baginda sempena Hari ASEAN pada Khamis, lapor Xinhua.
"Sepanjang lima dekad yang lalu, ASEAN mempamerkan daya tahan luar biasa, berjaya menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran sambil terus komited terhadap kemajuan serantau.
"Pada masa yang sama, negara-negara anggota ASEAN telah bekerjasama antara satu sama lain dan dengan negara lain bagi memajukan pembangunan di seluruh rantau ini.
"Brunei bersedia untuk bekerjasama dengan negara anggota lain untuk memastikan kita dapat bersama-sama membina ASEAN yang tahan lasak, inovatif, dinamik dan berpusatkan rakyat (people-centred)," titah baginda.
-- BERNAMA
#Sultan Hassanal Bolkiah #Hari ASEAN #daya tahan luar biasa #Brunei