Sukar untuk capai keadilan di dunia ini dengan AS - Erdogan

Astro Awani
Disember 10, 2023 09:20 MYT
Erdogan juga yakin perkembangan terkini di Majlis Keselamatan menyebabkan komuniti dunia mempersoalkan peranan struktur PBB selepas perang di Gaza. - Foto fail/AP
ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, menggesa supaya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) direformasi.
Tegas beliau, sukar mencapai keadilan, sekiranya Amerika Syarikat (AS) sewenang-wenangnya menggunakan kuasa veto.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Hak Asasi Manusia di Istanbul.
Kecaman keras dari Erdogan itu susulan tindakan AS memveto resolusi UNSC yang menggesa gencatan senjata di Gaza.
Britain mengumumkan berkecuali, manakala 13 ahli lain mengundi menyokong draf resolusi itu.
Erdogan juga yakin perkembangan terkini di Majlis Keselamatan menyebabkan komuniti dunia mempersoalkan peranan struktur PBB selepas perang di Gaza.
#Recep Tayyip Erdogan #UNSC #veto #Gaza
;