Suhu tertinggi direkodkan di Mexico City

Bernama
Mei 26, 2024 05:15 MYT
Matahari terbit di tengah-tengah keadaan panas dengan suhu yang tinggi di Mexico City, 23 Mei 2024. (Foto AP)
MOSCOW: Suhu tertinggi pernah direkodkan iaitu 34.7?C (94.46?F) dicatat pada Ahad di balai cerap Tacubaya, Mexico City, kata Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan Mexico, lapor Sputnik.
Awal minggu ini, media melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 138 ekor monyet mati di selatan Mexico akibat cuaca panas.
"Hari ini, balai cerap Tacubaya di Mexico City mencatatkan suhu tertinggi pernah direkodkan di stesen berkenaan iaitu 34.7?C," kata perkhidmatan itu di laman X (dahulunya Twitter).
Akhbar La Jornada melaporkan, dengan memetik data dari Kementerian Kesihatan Mexico, bahawa 956 kes masalah kesihatan akibat suhu yang sangat tinggi telah dilaporkan di seluruh negara sejak permulaan musim panas pada 17 Mac.
Sekurang-kurangnya 48 orang maut akibat strok haba atau dehidrasi, kata laporan akhbar itu lagi.
-- BERNAMA
#cuaca panas #Mexico #monyet mati #strok haba
;