BANGKOK: Thailand dijangka mengalami cuaca lebih sejuk ekoran suhu diramalkan menurun sekitar satu hingga tiga darjah Celsius bermula 20 Disember hingga 25 Disember di Bangkok dan kebanyakan kawasan kecuali di bahagian selatan.
Jabatan Meteorologi Thailand memaklumkan suhu dijangka menurun apabila tekanan tinggi dari China melanda negara.
Gelombang sejuk dijangka menyebabkan suhu menurun sekitar lima hingga lapan darjah Celsius di Timur Laut, empat hingga enam darjah Celsius di Utara, tiga hingga lima darjah Celsius di Thailand Tengah (termasuk Bangkok) dan kawasan Timur dan dua hingga empat darjah Celsius di bahagian atas kawasan selatan antara 20 dan 25 Dis.
"Kawasan bertekanan rendah di hilir Laut China Selatan berkemungkinan bergerak merentasi Teluk Thailand dan Malaysia, akhirnya melanda Laut Andaman dengan membawa hujan lebat ke banyak kawasan di wilayah selatan.
"Keadaan ini boleh mencetuskan banjir kilat, terutamanya di kawasan lereng bukit," menurut agensi itu.
Ombak kuat juga diramal berlaku di Teluk Thailand dari 22 hingga 25 Dis.
"Ombak setinggi antara dua dan empat meter dijangka merentasi Teluk, dengan ombak lebih tinggi melebihi empat meter dijangka di kawasan mengalami ribut petir," menurut Jabatan Meterorologi Thailand.
Pengusaha bot kecil di Teluk Thailand dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengelak keluar semasa tempoh itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023
Gelombang sejuk dijangka menyebabkan suhu menurun sekitar tiga hingga lima darjah Celsius di Thailand Tengah, termasuk Bangkok. - Gambar fail/Unsplash
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
AWANI 7:45 [23/11/2024] – Mangsa sindiran sejak jadi Perdana Menteri | Pelihara keharmonian negara | Tahan tiga suspek, keterangan 23 individu | Bercakap dengan lebah
Tak ambil gaji kena sindir, PM seloroh ambil gaji tahun depan.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Suhu menurun di kebanyakan wilayah di Thailand kecuali selatan
Jabatan Meteorologi Thailand memaklumkan suhu dijangka menurun apabila tekanan tinggi dari China melanda negara.