Suga menang pemilihan Presiden LDP, selangkah lagi untuk menjadi PM Jepun

Agensi
September 14, 2020 15:26 MYT
Suga memperolehi 377 daripada 534 undi, manakala Kishida jauh ketinggalan di tempat kedua dengan 89 undi. - Foto REUTERS
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga dipilih menjawat jawatan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) pada Isnin, sekali gus hampir pasti akan mengambil tugas sebagai Perdana Menteri negara dengan ekonomi ketiga terbesar dunia itu.
Seperti dijangka, Suga menewaskan dua lagi calon, Shigeru Ishiba yang juga Menteri Pertahanan dan bekas Menteri Luar, Fumio Kishida dalam pemilihan itu.
Suga memperolehi 377 daripada 534 undi, manakala Kishida jauh ketinggalan di tempat kedua dengan 89 undi manakala Ishiba di tangga ketiga dengan 68 undi.
Jawatan Perdana Menteri Jepun kosong selepas Abe Shinzo mengumumkan peletakan jawatan susulan masalah kesihatan.
#Abe Shinzo #calon #ekonomi #Jepun #kabinet #kesihatan #Ketua Setiausaha Kabinet Jepun #LDP #menteri #Parti Liberal Demokratik #Perdana Menteri #Perdana Menteri Jepun #presiden #Yoshihide Suga
;