Sudan tarik semula perintah darurat seluruh negara
Bernama
Mei 30, 2022 12:23 MYT
Mei 30, 2022 12:23 MYT
KHARTOUM: Pengerusi Majlis Berdaulat Peralihan Sudan Abdel Fattah Al-Burhan pada Ahad mengeluarkan dekri menarik balik perintah darurat di seluruh negara.
Arahan itu dibuat bertujuan "menyediakan suasana untuk dialog yang boleh capai kestabilan bagi tempoh peralihan," lapor Agensi Berita Xinhua memetik majlis itu.
Sudan mengalami krisis politik selepas Al-Burhan, yang juga komander am Angkatan Bersenjata Sudan, mengisytiharkan darurat pada 25 Okt 2021 dan membubarkan majlis itu dan kerajaan.
Sejak itu, ibu kota Sudan, Khartoum dan bandar-bandar lain menyaksikan protes berterusan menuntut untuk mengembalikan pemerintahan awam.
-- BERNAMA