Sudan meterai perjanjian damai dengan pakatan pemberontak

Agensi
September 1, 2020 08:21 MYT
Rundingan bagi menamatkan pemberontakan ini disifatkan sebagai kritikal bagi kerajaan peralihan yang mentadbir sejak Presiden Omar Al Bashir digulingkan. - Foto AP
PIHAK berkuasa peralihan Sudan dengan pakatan pemberontak akhirnya memeterai perjanjian damai antara kedua-dua pihak.
Persetujuan itu diharap dapat menamatkan perang saudara yang berlanjutan sejak beberapa dekad lalu.
Perjanjian itu dicapai antara kerajaan Sudan dengan barisan revolusi Sudan, pakatan beberapa kumpulan bersenjata.
Ia dimeterai di Juba iaitu di lokasi rundingan berlangsung sejak 2019 lagi.
Rundingan bagi menamatkan pemberontakan ini disifatkan sebagai kritikal bagi kerajaan peralihan yang mentadbir sejak Presiden Omar Al Bashir digulingkan.
Sudan ketika ini ditabdir kerajaan tentera yang dijadualkan tamat mandat pada 2022.
Gencatan senjata turut dilaksanakan sejak penggulingan Omar Bashir.
Perjanjian itu membolehkan beberapa daerah di Selatan diberi kuasa untuk mentadbir sendiri.
#damai #kerajaan tentera #pakatan pemberontak #presiden #Presiden Omar Al Bashir #Sudan #tentera
;