Suara dari Tel Aviv: Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, AS cari pasal

Ashwad Ismail
Disember 6, 2017 03:07 MYT
AS umum langkah memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis - gambar fail
Amerikat Syarikat bukan lagi orang tengah yang boleh dipercayai dalam membawa perdamaian kepada konflik berpanjangan Palestin-Israel.
Itu hujah penasihat kepada Ahli Parlimen Israel, Haneen Zoabi, Yudit Ilany di Tel Aviv berhubung pendirian bersejarah Amerika Syarikat yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
"Amerika Syarikat tidak boleh lagi berpura-pura sebagai orang tengah proses damai yang objektif dan apa yang diumumkan oleh Donald Trump adalah bercanggah dengan undang-undang antarabangsa," kata Ilany ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
BACA: Apa impaknya Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel?
Beliau berpendapat Washington perlu kekal neutral dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.
Apa yang dilontarkan oleh Ilany seakan senada dengan pendirian Perunding Palestin, Saeb Erekat.
Saeb semasa ditemubual oleh CNN menyifatkan langkah Trump adalah kesalahan terbesar oleh presiden negara Uncle Sam itu.
BACA JUGA: Teliti kenyataan Trump, "Baitulmaqdis bukan sahaja kota suci tiga agama, tetapi jantung kepada demokrasi terbaik di dunia!"
#AlAqsa #Baitulmaqdis ibu negara Israel #Baitulmaqdis milik Israel #Baitulmaqdis Palestin #Berita Baitulmaqdis #Donald Trump Israel #Jerusalem #Palestin Israel Jerusalem #Palestin Merdeka #Yahudi anti Zionis #Yudit Ilany
;