'Suara' dari kubur gemparkan majlis pengebumian

Agensi
Oktober 16, 2019 09:54 MYT
Rakaman video majlis pengebumiannya pada 12 Oktober lalu telah menjadi tular dan dikongsi veteran Pasukan Pertahanan Ireland yang menyifatkan ia sebagai bukti perbezaan antara lawak tentera dan orang awam. - Foto Agensi
Sebuah majlis pengebumian di Ireland gempar selepas kesemua hadirin terdengar 'suara' dari kubur.
Kebanyakan mereka terpaku selepas mendengar suara veteran tentera, Shay Bradley di Kilmanagh, Leinster yang bercakap dari dalam keranda ketika kejadian pada Sabtu lalu.
Ketika keranda itu mula diturunkan ke liang lahad, suara Bradley mula menjerit, 'Helo, helo, tolong keluarkan saya.'
Ia turut diselangi bunyi ketukan dari dalam keranda sambil suara lelaki terbabit terus 'memeriahkan' suasana hiba tersebut.
"Tolong keluarkan saya. Sangat gelap dalam sini. Adakah itu suara paderi? Ini adalah saya di dalam keranda ini. Saya sudah meninggal dunia," menurut rakaman suara tersebut.
Bradley yang meninggal dunia pada 8 Oktober lalu selepas menderita sakit untuk tempoh yang lama turut menyanyikan sebuah lagu sambil mengucapkan selamat tinggal hingga para hadirin masing-masing tertawa.

For anyone who hasnt seen, My grandad was a one of a kind character and has left his legacy for the world to see #shayslastlaugh pic.twitter.com/POZUZYLHya

— Ben Bradley (@Ben_Bradley22) October 14, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rakaman video majlis pengebumiannya pada 12 Oktober lalu telah menjadi tular dan dikongsi veteran Pasukan Pertahanan Ireland yang menyifatkan ia sebagai bukti perbezaan antara lawak tentera dan orang awam.
Anak perempuan Bradley memberitahu, mesej tersebut direkodkan sebelum bapanya meninggal dunia dan diletakkan pada pembesar suara di dalam liang lahad terbabit.
"Dia pasti gembira kerana dapat buat ramai orang ketawa. Bapa saya mempunyai karakter yang luar biasa," kata Andrea menerusi Twitter.
#Ben Bradley #insiden ganjil #meninggal dunia #orang awam #Shay Bradley #tentera #Twitter
;