Suami tembak isteri, 3 anak sebelum gantung diri
Bernama
Ogos 21, 2018 19:06 MYT
Ogos 21, 2018 19:06 MYT
Seorang lelaki menggantung dirinya selepas menembak mati isteri dan tiga anak perempuannya di rumah mereka di Uttar Pradesh, India, kata polis pada Selasa.
Agensi berita Xinhua, memetik media tempatan menyebut, insiden berlaku di kawasan Dhumanganj di bandar Allahabad pada malam Isnin.
"Siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan bertindak membunuh isterinya dahulu sebelum menembak tiga anaknya," kata ketua polis Allahabad Nitin Tiwari kepada media.
Seorang lagi pegawai polis berkata, lelaki tersebut mungkin mengalami masalah kemurungan sama ada berkaitan perebutan harta atau mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit.
Bulan lalu, seorang wanita di selatan India mencekik kedua-dua anaknya dengan beg plastik sebelum menggantung dirinya pada kipas siling dengan kain.
- Bernama