Suami pukul, ikat isteri di siling rumah kerana hutang

Agensi
April 17, 2018 12:19 MYT
SUAMI mangsa turut merakamkan kejadian tragis terhadap isterinya, Ruchi Shukla untuk memberi mesej kepada keluarga mertua agar wangnya diberikan semula dengan kadar segera. - Gambar hiasan
HANYA kerana tidak mendapat wang ganti daripada keluarga mertua, seorang suami sanggup mengikat si isteri di siling dan memukulnya.
Bukan itu sahaja, si suami, Ashok Shukla turut merakamkan kejadian tragis terhadap isterinya, Ruchi Shukla untuk memberi mesej kepada keluarga mertua agar membayar balik wang dengan segera.
Kejadian yang berlaku di Shahjahanpur, India itu bermula apabila Ruchi selamat melahirkan anak mereka lapan bulan lalu dan telah menyebabkan Ashok terpaksa membayar bil hospital bernilai Rs 40,000 (RM2379.60).
Ashok kemudian memaksa keluarga mertua untuk membayar semula bil tersebut namun, keluarga mertuanya enggan berbuat demikian.
Menurut pihak polis seperti yang dilaporkan portal Times of India, Ashok mula mendera isterinya pada Jumaat lalu ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Video penderaan tersebut turut dirakam pada hari yang sama.
Sejurus selepas menerima berita buruk itu daripada Ruchi, ahli keluarga terus membawanya pulang dan membuat laporan polis susulan kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu.
Siasatan ke atas Ashok kini masih lagi dalam siasatan.
#dera #ikat #India #isteri #polis #pukul
;