Suami peras ugut kekasih gelap isteri RM2,900 selepas kantoi
Agensi
Mac 1, 2018 12:17 MYT
Mac 1, 2018 12:17 MYT
Setiap suami pastinya akan berasa kecewa dan sakit hati apabila mengetahui isterinya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
Malah lebih memilukan apabila hubungan antara isterinya dengan lelaki lain itu membawa ke bilik tidur sebuah hotel, di Solo Indonesia.
Apabila seorang suami berjaya 'mencekup' kecurangan isterinya itu, akan berlaku pergaduhan di sebuah hotel.
Namun, berbeza dengan satu kes ini apabila si suami tidak mengasari isterinya dan kekasih gelap wanita itu.
Sebaliknya, lelaki itu mengugut kekasih gelap isterinya untuk membayar RM2,900 (Rupiah 10 juta) bagi mengelak dia diheret kepada pihak polis.
Kekasih gelap isterinya itu tanpa berfikir panjang kemudian menyerahkan wang yang diminta selain tidak menyangka akan terus diugut oleh lelaki tersebut.
Suami wanita itu terus memeras ugut lelaki terbabit dengan meminta jumlah sama sebelum membuat laporan polis.
Ketika ditanya wartawan, suami wanita itu nyata melahirkan rasa sakit hati dan memberitahu, wang peras ugut yang diterima digunakan untuk membeli peralatan elektrik dan beg tangan wanita.
#curang
#Indonesia
#isteri
#isteri curang
#kantoi
#kekasih gelap
#peras ugut
#Solo
#suami
#tidak setia