Suami maut, isteri parah diserang anjing peliharaan
Agensi
Oktober 10, 2020 09:53 MYT
Oktober 10, 2020 09:53 MYT
WASHINGTON: Seorang lelaki maut dan isterinya cedera parah selepas diserang anjing peliharaan mereka sendiri di sebuah rumah di Moses Lake, Washington, Amerika Syarikat (AS).
Anjing itu dikenal pasti daripada baka pitbull, kata Kyle Foreman dari Pejabat Sheriff Grant County seperti dilaporkan KomoNews.com.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi ketika seorang jiran menghubungi pasukan keselamatan bagi melaporkan serangan anjing di rumah tersebut.
Wakil dan pegawai perubatan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati lelaki dan wanita itu mengalami kecederaan parah akibat diserang.
Kedua-dua mereka dibawa ke hospital namun mangsa lelaki Zachary S Willis, 27, disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Walau bagaimanapun isteri Zachary selamat tetapi masih dirawat di hospital.
Anjing pitbull yang turut cedera dalam serangan itu dibawa ke klinik veterinar untuk dirawat.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
#Pitbull
#maut diserang anjing peliharaan
#Zachary S Willis
#suami maut
#isteri parah
#Moses Lake
#Sheriff Grant County
#klinik veterinar