Suami dan saudara lelaki jual buah pinggang isteri ditahan
Agensi
Februari 9, 2018 06:04 MYT
Februari 9, 2018 06:04 MYT
SEORANG lelaki dan saudaranya ditahan kerana disyaki menjual buah pinggang kanan isterinya ekoran kegagalan keluarga wanita itu membayar mas kahwin berjumlah Rs 2 Lakh (RM12,000).
Pengadu yang juga isteri kepada lelaki itu, Rita Sarkar, 28 tahun dikatakan sering disiksa akibat mas kahwin selain suaminya dikatakan mengambil kesempatan atas masalah apendiks untuk mencuri buah pinggang miliknya.
"Sekitar dua tahun lalu, saya mula mengalami masalah sakit perut. Suami membawa saya ke hospital swasta di Kolkata yang mana dia dan beberapa pegawai perubatan memberitahu saya akan kembali sihat selepas membuang apendiks menerusi pembedahan," katanya.
Namun, keadaan bertambah teruk apabila kesakitan Rita berterusan dan suaminya juga melarang wanita itu mendedahkan kepada sesiapa mengenai pembedahan di Kalkota.
"Saya juga merayu supaya membawa saya bertemu doktor bagi merawat kesakitan ini tetapi suami saya mengendahkannya," katanya.
Bagaimanapun Rita dibawa ke Pusat Perubatan Bengal Utara oleh keluarganya kira-kira tiga bulan lalu dan terkejut apabila doktor memaklumkan buah pinggang sebelah kanannya telah 'hilang'.
"Kini saya sedar kenapa suami melarang saya memberitahu mengenai pembedahan di Kalkota itu dan dia (suami) menjual buah pinggang saya kerana keluarga saya tidak dapat memenuhi bayaran mas kahwin," katanya.
Rita kemudian membuat laporan polis di Balai polis Farakka di utara Bengal, suami yang merupakan seorang peniaga kain dari Lalgola.
Ekoran itu, suaminya, Biswajit Sarkar dan saudara lelakinya, Shyamal ditahan polis pada Isnin, kata Inspektor Udayshankar Roy.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 19 dan Seksyen 21 Akta Pemerdagangan Organ Manusia dan cubaan membunuh.
Hasil soal siasat mendapati, suami mangsa mengaku menjual buah pinggang wanita itu kepada ahli perniagaan di Chhattisgarh.
#Bengal Barat
#Biswajit Sarkar
#buah pinggang
#Chhattisgarh
#Hospital
#India
#mas kahwin
#Pemerdagangan organ
#polis
#Rita Sarkar
#Shyamal