Struktur utama Katedral Notre Dame berjaya diselamatkan - Bomba
Astro Awani
April 15, 2019 05:41 MYT
April 15, 2019 05:41 MYT
Katedral Notre Dame yang terbakar awal pagi ini dilapor dapat diselamatkan susulan struktur utamanya yang masih utuh biarpun setelah beberapa jam dijilat api.
“Kita beranggapan dua menara Notre-Dame berjaya diselamatkan. Struktur Our Lady secara keseluruhannya terselamat,” memetik kata pegawai bomba Paris kepada The Guardian.
Dilaporkan kira-kira 400 anggota bomba telah dikerahkan memadam kebakaran tersebut.
Walau bagaimanapun, timbul desas-desus berlaku kecederaan parah pada salah seorang anggota bomba yang terlibat dalam usaha memadam api ini.
Punca insiden masih belum jelas, namun beberapa sumber rasmi memberitahu ia ada kaitan dengan kerja-kerja pemuliharaan bangunan yang sedang dijalankan di situ.