Strategi komprehensif hentikan penyertaan golongan muda dalam IS
Astro Awani
Februari 25, 2015 10:24 MYT
Februari 25, 2015 10:24 MYT
Dunia memerlukan satu strategi komprehensif bagi menghentikan penyertaan golongan muda dalam kumpulan militan IS.
Menurut seorang pensyarah di Universiti Kaherah, Said Sadek, strategi ini termasuk pendidikan media massa dan ekonomi.
Beliau membuat kenyataan berkenaan susulan laporan tentang dua pemuda Mesir yang menyertai IS.
Tambahnya, kerajaan yang lemah seperti di Libya, Yaman dan Afghanistan memberikan lebih ruang untuk fahaman pelampau berkembang.
Menurutnya, situasi yang sama tidak boleh berlaku di dalam suasana di mana wujud kerajaan yang stabil daripada sudut pembangunan ekonomi dan kemajuan sosial.
Selain Mesir, laporan terbaharu menunjukkan tiga remaja perempuan dari United Kingdom turut terbang ke Istanbul dipercayai bagi menyertai kumpulan IS di Syria.