Stesen tenaga nuklear pertama Mesir beroperasi pada 2026

Agensi
Disember 11, 2017 09:01 MYT
Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi bakal menandatangani kontrak tersebut pada pertemuannya dengan Putin. - Gambar fail
Mesir dijangka memuktamadkan kontrak pembinaan janakuasa nuklearnya yang pertama sewaktu kunjungan Presiden Rusia Vladimir Putin ke negara itu hari ini.
Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi bakal menandatangani kontrak tersebut pada pertemuannya dengan Putin.
Seperti perjanjian yang dibuat kedua-dua negara pada 2015, Rusia akan membiayai dan mengendalikan loji itu di El-Dabaa, barat Iskandariah.
Kontrak terbabit melibatkan pembinaan dua reaktor kuasa nuklear yang besar dan Rusia telah menawarkan pinjaman bernilai AS$25 bilion.
Menurut media tempatan, pinjaman terbabit akan membiayai 85 peratus pembinaan manakala 15 peratus akan dibiayai Arab Saudi.
Mengikut perjanjian itu pembinaan stesen janakuasa nuklear akan mula beroperasi pada 2026 dan memenuhi separuh keperluan tenaga di Mesir.
Kajian pakar mendapati El-Dabaa adalah lokasi yang paling sesuai kerana ia kurang terdedah kepada gempa bumi dan mempunyai keadaan cuaca yang sesuai dengan pergerakan air bawah tanah, serta arus laut pasang surut.
#Abdel Fattah el-Sisi #Arab Saudi #El-Dabaa #Mesir #Moscow #nuklear #reaktor #Riyadh #Rusia #Vladimir Putin
;