Stesen angkasa China dengan berat 7,000kg memasuki bumi pada 1 April - Agensi
Agensi
Mac 28, 2018 12:02 MYT
Mac 28, 2018 12:02 MYT
Sebuah stesen angkasa tanpa pengendali milik China dengan berat mencecah tujuh tan (7,000kg) diramal bakal berkecai dan terbakar sepenuhnya sewaktu memasuki atmosfera Bumi pada 1 April nanti, menurut Agensi Angkasa Eropah dalam satu kenyataan hari ini.
“Stesen angkasa itu akan terbakar ekoran tahap panas yang terhasil dari kelajuannya memasuki atmosfera Bumi,” menurut kenyataan itu.
Sebahagian serpihan dari stesen Tiangong-1 itu akan bertaburan di lautan dan sebahagian lagi di atas daratan.
Namun kemungkinan serpihan terkena manusia, adalah sangat tipis, menurut Stijn Lemmens, seorang pakar serpihan yang berpangkalan di Darmstadt, Jerman.
“Dalam sejarah 60 tahun penerbangan angkasa, kita mengesan lebih 6,000 serpihan objek yang kembali jatuh ke bumi, kebanyakkannya satelit dan bahagian hadapan roket,” katanya.
Lebih 90 peratus serbihan itu adalah dengan berat lebih 100kg atau lebih.
“Hanya satu kejadian membabitkan seorang terkena serpihan kecil, namun ia tidak mencederakan,”
Kata Lemmens, kemungkinan untuk, seseorang terkena sepihan kapal angkasa adalah 1 dalam 1.2 trilion, sepuluh juta kali lebih kurang dari risiko terkena petir.
Program Angkasa China, Tiangong-1 dilancarkan ke orbit pada September 2011, bagi menguji teknologi untuk mengorbit Bumi.
Media China, turut meramal makmal angkasa itu dijangka terbakar sepenuhnya apabila menghampiri bumi.
Stesen itu menghentikan operasinya pada 2016.
#Agensi Angkasa Eropah
#China
#Jerman
#penerbangan
#Serpihan
#Stesen angkasa
#Stijn Lemmens
#Tiangong-1