Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan

Amanz
Februari 11, 2025 09:15 MYT
Foto Amanz
VALVE mengemas kini dokumen pengiklanan yang dibenarkan dalam permainan video yang ditawarkan menerusi Steam. Pembangun tidak dibenarkan meletakkan iklan dalam permainan semata-mata untuk menjana pendapatan. Misalnya memaksa pemain menonton iklan pendek untuk meneruskan sesi permainan, mendapatkan mata wang dalam permainan dan mendapatkan kuasa tambahan.
Ini ialah teknik yang digunakan permainan freemium pada peranti mudah alih bagi membolehkan ia terus ditawarkan “percuma” kepada pemain. Pembangun masih dibenarkan meletakkan papan iklan dalam permainan asalkan ia tidak akan mengganggu sesi permainan. Iklan untuk membeli permainan di luar juga dibenarkan.
Sebelum ini Valve telah mengharamkan jualan permainan kripto dan NFT di Steam. Ini adalah antara usaha Valve untuk memastikan pengalaman permainan video menerusi platform mereka tidak diganggu seperti yang sudah menjadi barah di permainan mudah alih telefon pintar.
#iklan #permainan video #paksa pemain tonton iklan #Steam
;