Staf Sarjan tukar jantina gagal sertai tentera wanita
Agensi
Januari 22, 2020 20:25 MYT
Januari 22, 2020 20:25 MYT
Pihak Ketenteraan Korea Selatan menolak permohonan tentera transgender pertama, Byun Hui-su untuk menyertai pasukan itu selepas melakukan pembedahan menukar jantina tahun lalu.
Keputusan dibuat berdasarkan undang-undang tentera melibatkan kesalahan penukaran jantina dalam kalangan anggota.
Dalam kenyataannya, Pihak Tentera Korea Selatan menyatakan undang-undang dalam ketenteraan mempunyai hak untuk menolak penyertaan anggotanya yang tiada keupayaan dari segi mental dan fizikal.
Malah, keputusan itu dijangka mewujudkan ketidakpuasan hati kumpulan hak asasi manusia.
Hui-su dalam sidang media selepas itu bertegas untuk membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan.
"Saya mahu beritahu semua orang bahawa saya mampu menjadi tentera yang hebat, iaitu seorang yang mampu melindungi negaranya tanpa mengira identiti jantina saya.
"Tolong beri saya satu peluang. Saya adalah tentera Korea Selatan. Terima kasih," katanya dalam satu sidang media di sini.
Hui-su sebelum ini berpangkat sarjan dan berhasrat menyertai pasukan tentera wanita selepas pembedahan jantina dilakukan.
Jika rayuannya diterima, dia akan menjadi tentera transgender pertama diterima masuk ke dalam pasukan tentera wanita.
#Byun Hui-su
#Korea Selatan
#Korea Utara
#permohonan tentera
#sarjan
#tentera korea selatan
#transgender