Stadium kelab bola sepak jadi pusat suntikan vaksin di UK

Astro Awani
Jun 21, 2021 08:25 MYT
Seorang lelaki diberi suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer BioNTech di pusat pemberian vaksin yang dibuka di Stadium Tottenham Hotspur, London, Britain, 20 Jun, 2021. REUTERS
RATUSAN anak muda beratur bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di Stadium Kelab Tottenham Hotspur di utara London pada Ahad.
Mereka yang berusia 18 tahun ke atas boleh memohon tarikh janji temu untuk menerima suntikan vaksin atau mendapatkannya secara 'walk-in' di stadium tersebut.
Stadium-stadium di London kini dijadikan sebagai antara pusat vaksinasi terbesar, bagi memudahkan anak muda di negara itu untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Terdahulu pada Sabtu, pusat vaksinasi seumpamanya turut dibuka di venue lain termasuk stadium kelab Chelsea di Stamford Bridge dan Stadium Olimpik, milik West Ham United.
Untuk rekod, empat daripada lima orang dewasa di UK sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Kerajaan United Kingdom kini sedang mempergiat untuk memastikan mereka yang berusia 18 tahun ke atas mendapatkan suntikan menjelang 19 Julai ini.
Tarikh tersebut merupakan garis masa yang ditetapkan untuk menarik semula lanjutan beberapa sekatan yang dikuat kuasakan.
Ia susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 secara drastik akibat varian Delta.
#vaksin #suntikan #London #United Kingdom #COVID-19 #stadium #jangkitan #Tottenham Hotspur #pusat vaksinasi
;